Monday, October 25, 2010

Apa itu rebana Perak??

Assalamualaikum..
Pada mereka yang masih belum tahu apa itu rebana mungkin tertanya-tanya
apa itu rebana perak kan???
kali ni saya akan terangkan apa yang dimaksudkan dengan rebana perak itu sendiri:>>>>


Rebana Perak merupakan satu daripada pelbagai jenis muzik tradisional melayu yang menjadi warisan dan kebanggaan Malaysia, terutamanya orang melayu Perak. Dipercayai telah berada dan dimainkan di negeri Perak lebih 200 tahun yang lalu.

Rebana Perak termasuk dalam kumpulan alat muzik jenis gendang seperti rebana, rebana ubi, kompang dan lain-lain lagi. Saiz alat ini tidak terlalu besar dan tidak pula terlalu kecil iaitu dengan diameter antara 10 inci hingga 13 inci dan tinggi 4.5 hingga 5.5 inci. Dengan saiz tersebut ianya senang dipegang dan dimainkan. Boleh dimainkan sambil duduk bersila, berdiri atau berjalan (perarakan) tambahan pula alat ini tidak berat.

Rebana Perak diperbuat daripada dua bahan utama iaitu kayu dan kulit. Kayu yang menjadi bingkai atau rangka rebana ini adalah dari jenis kayu halban, nangka dan kayu sungai. manakala kulit yang bertindak sebagai diafram atau bahagian yang ditalu adalah dari kulit lembu dan kerbau. Kulit lembu dan kerbau dikatakan menghasilkan bunyi yang lebih sedap didengar berbanding kulit kambing.

Rebana Perak dimainkan dalam kumpulan yang biasanya terdiri dari 8 hingga 10 orang pemain.Walaubagaimanapun bilangan ini bukanlah satu kemestian, Rebana Perak sebenarnya boleh dimainkan dengan bilangan pemain yang lebih ramai. Kumpulan ini pula terbahagi kepada tiga bahagian/peranan pemain rebana, berasaskan jenis pukulan atau taluan yang dibuat.

3 peranan pemain rebana :

* penengkah atau tukang tengkah
* penyelang

* penalu 

1 comment:

  1. Casino 2021 - JT Hub
    JT's Poker Room is one 부천 출장안마 of the oldest and best kept secrets in Las Vegas. 전주 출장샵 With over 100 영천 출장안마 slot machines 공주 출장마사지 and over 1,000 table 포항 출장마사지 games you'll be

    ReplyDelete