Assalamulaikum wbt...
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi keran dengan limpah dan kurnianya dapat saya mengemaskini blog ini...
bersyukur juga kita telah sampai pd tahun 2011, semoga kdtgn tahun baru ini akan lebih memantapkan lagi amalan kita kepada Allah & berharap perniagaan abah akan makin mendapat sambutan...
Alhamdulillah setakat ini, dah ramai yang datang mendapatkan perkhidmatan dari abah, tarik kulit, repair rebana dan macam-macam lagi. Yang paling gembira ada dari luar Perak pun datang mencari abah..
Kalu di ikut harga mungkin agak tinggi bagi sesetengah pihak tapi apabila sudah cuba, kualiti yang baik itu membuatkan ramai puas hati dan seterusnya menawarkan kepada kawan-kawan yang lain untuk membeli di sini..
ok di samping tu juga ada beberapa gambar yang terkini untuk tatapan raan-rakan sekalian =)
Ini adalah cara bagaimana cara nak membuat paloh.. bukan senang tau! memang perlu berseni
~REBANA PERAK~
Wednesday, January 5, 2011
Monday, October 25, 2010
Apa itu rebana Perak??
Assalamualaikum..
Pada mereka yang masih belum tahu apa itu rebana mungkin tertanya-tanya
apa itu rebana perak kan???
kali ni saya akan terangkan apa yang dimaksudkan dengan rebana perak itu sendiri:>>>>
Rebana Perak merupakan satu daripada pelbagai jenis muzik tradisional melayu yang menjadi warisan dan kebanggaan Malaysia, terutamanya orang melayu Perak. Dipercayai telah berada dan dimainkan di negeri Perak lebih 200 tahun yang lalu.
Rebana Perak termasuk dalam kumpulan alat muzik jenis gendang seperti rebana, rebana ubi, kompang dan lain-lain lagi. Saiz alat ini tidak terlalu besar dan tidak pula terlalu kecil iaitu dengan diameter antara 10 inci hingga 13 inci dan tinggi 4.5 hingga 5.5 inci. Dengan saiz tersebut ianya senang dipegang dan dimainkan. Boleh dimainkan sambil duduk bersila, berdiri atau berjalan (perarakan) tambahan pula alat ini tidak berat.
Rebana Perak diperbuat daripada dua bahan utama iaitu kayu dan kulit. Kayu yang menjadi bingkai atau rangka rebana ini adalah dari jenis kayu halban, nangka dan kayu sungai. manakala kulit yang bertindak sebagai diafram atau bahagian yang ditalu adalah dari kulit lembu dan kerbau. Kulit lembu dan kerbau dikatakan menghasilkan bunyi yang lebih sedap didengar berbanding kulit kambing.
Rebana Perak dimainkan dalam kumpulan yang biasanya terdiri dari 8 hingga 10 orang pemain.Walaubagaimanapun bilangan ini bukanlah satu kemestian, Rebana Perak sebenarnya boleh dimainkan dengan bilangan pemain yang lebih ramai. Kumpulan ini pula terbahagi kepada tiga bahagian/peranan pemain rebana, berasaskan jenis pukulan atau taluan yang dibuat.
3 peranan pemain rebana :
* penengkah atau tukang tengkah
* penyelang
* penalu

Wednesday, October 20, 2010
SALAM UKHWAH
Assalamualaikum semua...
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah swt dengan izinNya dapat lagi saya melancarkan satu lagi blog, khas untuk jualan rebana. "REBANA PERAK"
Kali ini, saya bekerjasama dengan my luvly father SHARUM BIN HARUN ARASHID & of course lah my father yang buat rebana ni...
Kewujudan blog ini amat diharapkan agar dapat memperkembangan lagi seni tempatan kita,
Sesiapa yang berminat untuk membeli & menempah rebana, bolehla hubungi kami.
En. Sharum (om) : 017-5217430
@ saya sendiri Pn. LIza : 013-3934866
@ boleh email saya di nurliz3103@yahoo.co.uk
dan akhir kata semoga ruangan ini akan mendapat sambutan yang baik dan akan memudahkan anda untuk mencari rebana yang baik & berkualiti insyaAllah.
wasalam

Subscribe to:
Posts (Atom)